Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HPAVB gesa selesaikan isu status tapak OKMS
  • TEMPATAN

HPAVB gesa selesaikan isu status tapak OKMS

Utusan Sarawak 5 years ago
SEKOLAH Rendah Orang Kaya Mohamad Bintulu yang terbakar pada Julai lalu.

BINTULU: Persatuan Anak Vaie Bintulu (PAVB) menggesa pihak berwajib terutamanya Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengambil peranan tegas dalam menyelesaikan status tapak Sekolah Rendah Orang Kaya Mohamad Bintulu (OKMS) dan mengembalikannya untuk kepentingan umum.

Penasihat PAVB, Abang Nawawi Abang Drahman berkata, tapak tanah tersebut penting kerana sebelum ini ia merupakan sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh seorang dermawan kepada penduduk asal Bintulu untuk kepentingan pendidikan tempatan.

“Saya sendiri bersama dengan ahli jawatankuasa PAVB akan menemui Pengurus Besar BDA berhubung status tapak OKMS dalam sedikit masa lagi.

“Sekiranya perbincangan bersama pihak BDA menemui jalan buntu, kita akan membawa perkara ini kepada pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian yang membawa manfaat bersama,” katanya kepada Utusan Sarawak, semalam.

Beliau yang juga bekas pelajar OKMS berkata tapak tanah tersebut berada di bawah pengurusan Majlis Daerah Bintulu yang sekarang dikenali sebagai BDA dan dibentuk untuk menyelaras kemajuan Bintulu dengan tapak tanah OKMS diletak di bawah BDA sebagai “care taker”.

Sementara itu, Pengerusi PAVB Pandi Suhaili, dalam satu kenyataan baru-baru ini turut menyatakan bahawa pihaknya akan menemui pihak yang berkenaan agar masalah tanah tapak sekolah OKMS dapat diselesaikan.

PAVB adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan masyarakat Vaie amat mengambil berat mengenai kedudukan tapak OKMS yang terbiar sejak sekian lama dan berharap pihak berkuasa dapat menentukan objektif dan hala tuju tapak asal sekolah terbabit.

Untuk rekod, lima bilik darjah bangunan lama OKMS iaitu sekolah tertua di bandar Bintulu yang dibina pada tahun 1912 oleh Kerajaan Brooke telah terbakar pada bulan Julai lalu, ia kini tidak digunakan lagi atas faktor daif demi keselamatan pelajar dan pihak sekolah.

Sekolah itu merupakan satu-satu sekolah Melayu yang dibina menggunakan peruntukan pentadbiran Rajah Brooke.

Rajah Charles Vyner Brooke, Rajah Ketiga dan keturunan terakhir Rajah Putih Sarawak telah menghantar beberapa orang pegawainya ke Bintulu untuk memastikan OKMS dibina dengan sempurna yang kemudian menerima kemasukan pelajar-pelajar tempatan.

Continue Reading

Previous: Semangat sambut Hari Kebangsaan tetap diteruskan
Next: PEMADAM saran sebar maklumat guna media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.