Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hotel Tanahmas terus diiktiraf sebagai mercu tanda industri hospitaliti, rakan komuniti
  • BISNES

Hotel Tanahmas terus diiktiraf sebagai mercu tanda industri hospitaliti, rakan komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERASMIAN… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Hamid, Pengerusi Hotel Tanahmas, Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo, Pengarah Urusan Hotel Tanahmas, Clarence Ting Ing Horh, ADUN Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Timbalan Speaker Dewan Rakyat II dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew bersama tetamu memotong kek ulang tahun ke-35 Hotel Tanahmas, malam tadi.

SIBU: Hotel Tanahmas Sibu terus diiktiraf sebagai mercu tanda industri hospitaliti dan rakan komuniti yang signifikan di bandar ini selepas 35 tahun menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, sepanjang tiga setengah dekad lalu, hotel tersebut telah berkembang daripada premis sederhana kepada hotel terkemuka yang melambangkan kecemerlangan, dedikasi dan penglibatan komuniti di Sibu.

“Perjalanan Hotel Tanahmas mencerminkan visi, komitmen dan dedikasi tidak berbelah bagi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hotel ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Hotel Tanahmas Sibu, malam tadi.

Menurutnya, sejak penubuhannya, hotel berkenaan bukan sahaja menyediakan keselesaan dan perkhidmatan berkualiti kepada para tetamu, malah turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat serta melahirkan bakat dalam bidang pengurusan hospitaliti.

“Hotel Tanahmas juga menyokong pembekal dan perniagaan tempatan, sekali gus menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Sibu,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, sepanjang sejarah operasinya, hotel tersebut turut memainkan peranan sebagai rakan komuniti dengan aktif menyokong inisiatif kebajikan, menganjurkan acara kebudayaan dan sosial serta menyediakan platform penglibatan masyarakat.

“Usaha memupuk kerjasama antara penduduk, pemimpin perniagaan dan agensi kerajaan telah mengukuhkan perpaduan sosial serta menyemai rasa bangga bersama terhadap bandar Sibu,” ujarnya lagi.

Tambahnya, hotel tersebut sentiasa mengekalkan komitmen terhadap kecemerlangan dengan menyesuaikan diri mengikut perubahan semasa tanpa mengabaikan nilai layanan mesra dan peribadi yang menjadi identiti hotel tersebut.

“Dewan dan kemudahan hotel ini telah menjadi lokasi pelbagai acara yang menyatukan masyarakat, menyokong perniagaan tempatan serta menyumbang kepada pembangunan budaya dan ekonomi Sibu serta kawasan sekitarnya,” kata beliau.

Tiang turut menegaskan bahawa pencapaian hotel tersebut adalah hasil dedikasi pihak pengurusan, kakitangan dan semua pihak yang terlibat sepanjang perjalanannya.

“Perjalanan 35 tahun ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi warga kerja hotel, tetapi juga ketahanan serta semangat bandar Sibu sendiri,” ujar beliau

Katanya lagi, Hotel Tanahmas terus menjadi contoh bagaimana sesebuah perniagaan mampu menyeimbangkan kejayaan komersial dengan tanggungjawab sosial melalui sokongan terhadap inisiatif tempatan dan pembangunan bakat generasi baharu.

“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan hotel atas 35 tahun perkhidmatan cemerlang serta berharap hotel tersebut akan terus berkembang sebagai tonggak hospitaliti dan kebanggaan warga Sibu,” kata beliau lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Hotel Tanahmas, Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo, Pengarah Urusan Hotel Tanahmas, Clarence Ting Ing Horh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Timbalan Speaker Dewan Rakyat II dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew.

Oleh Akun Giman

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka didagangkan antara AS$4,800 hingga AS$4,900 minggu hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.