Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hospital Sungai Buloh mohon bantuan kesan waris pesakit
  • NASIONAL

Hospital Sungai Buloh mohon bantuan kesan waris pesakit

Utusan Sarawak 7 hours ago
MUHAMMAD Aiman Abdullah @ Phiong Joon Khiong, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 25 Mac. Foto: Hospital Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh meminta bantuan mengesan waris kepada seorang tahanan penjara iaitu Muhammad Aiman Abdullah @ Phiong Joon Khiong, yang meninggal dunia di hospital itu pada 25 Mac.

Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan memaklumkan, alamat terakhir pesakit lelaki berusia 40 tahun itu ialah di Kampung Sebuku, Bau, 94000, Sarawak.

“Beberapa usaha telah dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi menghubungi waris lelaki itu termasuk ibu bapa dan adik-beradiknya, namun tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.

“Sehubungan itu, pihak hospital memohon kepada ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali si mati atau warisnya, supaya tampil membantu,” menurut kenyataan itu.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi 03-6145 4333 sambungan 3100, atau hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. – Bernama

Continue Reading

Previous: PTPK nafi dakwaan henti pembiayaan pinjaman pelajaran, elaun sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.