Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Sibu terima sumbangan 6 pendingin hawa dan 12 kipas siling
  • KESIHATAN

Hospital Sibu terima sumbangan 6 pendingin hawa dan 12 kipas siling

Utusan Sarawak 21 hours ago
TERIMA KASIH… Dr Nizam (dua kiri) menerima sumbangan pendingin hawa daripada Chuong (tiga kiri). Turut disaksikan oleh Lee (dua kanan) di Hospital Sibu, semalam. 

SIBU: Hospital Sibu semalam menerima sumbangan enam unit pendingin hawa dan 12 unit kipas siling hasil inisiatif Lembaga Pelawat Hospital Sibu bagi meningkatkan keselesaan pesakit.

Timbalan Pengarah Hospital Sibu, Dr Nizam Ishak menerima sumbangan tersebut daripada penderma Chuong Soui Chang (pendingin hawa) dan Hii Thien Tiew (kipas siling).

Menurut Dr Nizam, pendingin hawa akan dipasang di wad perubatan merawat pesakit buah pinggang dan jangkitan kuman, manakala kipas siling untuk menggantikan kipas yang lama.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu, Michael Lee Meng Ting berkata, pemasangan pendingin hawa dan kipas siling baharu itu dilakukan dengan segera bagi meningkatkan keselesaan pesakit.

“Lembaga berhasrat agar semua wad di hospital ini dilengkapi dengan pendingin hawa sepenuhnya. Oleh itu, lembaga berharap lebih ramai tampil memberi sokongan sumbangan untuk menjayakannya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Masalah jantung tanpa diketahui menjadi ancaman lelaki 30-an Malaysia
Next: Kerja pengubahsuaian Pusat Dialisis BSMM Miri capai 60 peratus, sumbangan tambahan diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.