Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Serian terima mesin baharu perkukuh saringan pendengaran bayi
  • KESIHATAN

Hospital Serian terima mesin baharu perkukuh saringan pendengaran bayi

Utusan Sarawak 4 hours ago
Gambar berkumpulan selepas penyerahan. Dr Maria Mesran ialah keempat dari kanan.

KUCHING: Hospital Serian menerima sebuah mesin Otoacoustic Emission hasil sumbangan Program Pemerkayaan Penjagaan Komuniti dan Hospital Umum Sarawak, sekali gus memperkukuh pelaksanaan Program Saringan Pendengaran Bayi Baru Lahir di bahagian tersebut.

Pengarah Hospital Serian, Dr Maria Mesran menzahirkan penghargaan kepada pihak penyumbang kerana memilih hospital itu sebagai penerima, sambil menegaskan bahawa sumbangan berkenaan meningkatkan keupayaan hospital menjalankan saringan pendengaran bayi secara menyeluruh.

“Pemilihan Hospital Serian menunjukkan keyakinan terhadap peranannya sebagai hospital rujukan bagi Bahagian Serian serta mengiktiraf keupayaannya menyokong program kesihatan berimpak tinggi untuk komuniti,” katanya.

Program Saringan Pendengaran Bayi Baru Lahir bertujuan mengesan masalah pendengaran seawal mungkin selepas kelahiran, selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan memperkukuh penjagaan kesihatan awal kanak-kanak.

Statistik kebangsaan menunjukkan empat daripada setiap seribu bayi di Malaysia mengalami masalah pendengaran, dan pengesanan awal membolehkan intervensi dilakukan dengan lebih cepat serta berkesan.

Dr Maria berkata, di Sarawak hanya empat hospital kini menjalankan saringan pendengaran bayi baru lahir iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri dan Hospital Sri Aman.

Dengan adanya mesin baharu ini, Hospital Serian dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan neonatal, mengurangkan masa menunggu serta mengurangkan kebergantungan terhadap rujukan ke hospital lain.

Hadir sama Timbalan Pengarah Hospital Serian, Dr Carlos Jinung, Ketua Pegawai Eksekutif Community Care Enrichment Programme, Yee Poo Yoon, Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi Hospital Umum Sarawak, Shamina Sara Moses serta tetamu jemputan, ketua jabatan dan kakitangan hospital.

Oleh Connie Chieng

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Pakar kesihatan gesa tindakan tangani obesiti sebagai penyakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.