Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Sentosa terima sumbangan RM946,000, termasuk van Toyota Hiace
  • KESIHATAN

Hospital Sentosa terima sumbangan RM946,000, termasuk van Toyota Hiace

Utusan Sarawak 3 days ago
PENYERAHAN mock cek daripada Elder Larry (dua kanan) kepada Pengarah Hospital Sentosa, Dr Rosliwati Mohd Yusoff (tiga kiri).  

KUCHING: Hospital Sentosa Kuching kini berada dalam landasan lebih kukuh untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan selepas menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai RM946,000, termasuk sebuah van Toyota Hiace. 

Menurut Menteri Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, nilai sumbangan ini bukan sekadar pada jumlah kewangannya, tetapi turut mencerminkan kekuatan kerjasama antara pelbagai pihak dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negeri ini.

“Peralatan ini akan membolehkan Hospital Sentosa meningkatkan perkhidmatan mereka, memperbaiki penjagaan pesakit serta memastikan petugas kesihatan mempunyai alat yang diperlukan untuk memberi rawatan dengan lebih efektif,” katanya ketika berucap pada majlis itu. 

Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha lebih meluas oleh Rotary Club of Urban Kuching bersama The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints. 

Mereka turut menyumbangkan peralatan perubatan kepada dua lagi hospital lain di Sarawak, iaitu Hospital Bau (RM511,000) dan Hospital Lundu (RM395,000), menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM1.9 juta.

“Kerjasama di peringkat tempatan seperti ini memberi impak besar terhadap pembangunan infrastruktur kesihatan negeri dan menunjukkan bahawa usaha kolektif dapat membawa perubahan yang signifikan,” tambah Dr Sim.

Majlis penyerahan turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, wakil-wakil daripada organisasi penyumbang dan pegawai kanan perubatan Hospital Sentosa.

Oleh Amanda L.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Orang ramai digesa derma darah sempena musim perayaan
Next: Fibroid: Wanita perlu pemeriksaan berkala, elak tumor ‘jinak’ bertukar ganas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.