Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Pakar Kuching lancar klinik saringan kesihatan dinaik taraf
  • KESIHATAN

Hospital Pakar Kuching lancar klinik saringan kesihatan dinaik taraf

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIMBOLIK… Dr. Kenny Yeap Kim Pey bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik pelancaran Klinik Saringan Kesihatan yang dinaik taraf. Foto KPJ

KUCHING: Hospital Pakar Kuching mencatat satu lagi detik bermakna apabila melancarkan Klinik Saringan Kesihatan yang dinaik taraf.

Langkah ini menunjukkan usaha berterusan hospital dalam meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kesihatan masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Malaysia Timur, Dr. Kenny Yeap Kim Pey, penambahbaikan Klinik Saringan Kesihatan itu mencerminkan komitmen hospital dalam memperkukuh penjagaan pencegahan, selain menjadikan pengesanan awal lebih mudah diakses dan cekap untuk rakyat Sarawak.

AMANAT… Dr. Kenny Yeap Kim Pey berucap pada program Pelancaran Klinik Saringan Kesihatan. Foto KPJ

Beliau turut menegaskan nilai CARE bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi panduan dalam cara kakitangan melayani pesakit serta menyokong antara satu sama lain sebagai satu pasukan.

Klinik Saringan Kesihatan baharu yang dijadualkan beroperasi di Aras 1 itu merupakan penambahbaikan strategik dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan pencegahan.

Direka dengan penekanan kepada kecekapan, keselesaan dan kebolehcapaian, klinik berkenaan bertujuan memperkasa komuniti melalui perkhidmatan pengesanan awal yang lebih lancar, sekali gus menyokong kesejahteraan jangka panjang serta pencegahan penyakit.

SUASANA majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Kidzoona, Lala, yang mengunjungi Klinik dan Wad Pediatrik bagi menceriakan pesakit kanak-kanak dan ahli keluarga mereka. Foto KPJ

Antara pengisian program ialah ceramah kesedaran kesihatan, termasuk: postur badan yang baik oleh fisioterapis, Hamzah Yusuf; kesedaran mengenai pendermaan organ oleh jururawat, Sister Rohanah Ben; kanser payudara: apa yang perlu diketahui oleh pakar payudara dan endokrin, Dr. Sharifah Ashrina Wan Ali; serta ceramah berkaitan penyakit otak dan tulang belakang oleh pakar bedah saraf, Dr. Lau Bik Liang.

Pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai pendidikan yang memfokuskan pencegahan kanser, pilihan rawatan dan kesejahteraan menyeluruh, selain sesi interaktif yang mempromosikan gaya hidup sihat.

Selain itu, hospital turut menyambut Hari Khidmat Pelanggan dan Pengalaman (CCX) dalam satu acara bersepadu yang meriah.

Sambutan ini menzahirkan komitmen berterusan hospital terhadap penjagaan berteraskan pesakit serta menekankan kepentingan kesihatan pencegahan.

Turut hadir Pengarah Perubatan, Dr. Mahadhir Alhady Sulaiman, bersama barisan pengurusan hospital, kakitangan serta rakan korporat strategik.

Hadir sama wakil agensi dan organisasi korporat termasuk Pink Ribbon, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), rakan insurans serta agensi-agensi kerjasama lain.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kes kematian akibat denggi menurun 61.3 peratus – Dzulkelfy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.