Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Miri terima sumbangan bagasi, alat pemeriksaan darah
  • KESIHATAN

Hospital Miri terima sumbangan bagasi, alat pemeriksaan darah

Utusan Sarawak 19 hours ago
SUMBANGAN… Chiew Choon Man (tengah) semasa menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan Hospital Miri.

MIRI: Hospital Miri menerima beberapa unit bagasi dan tiga unit pemeriksaan tekanan darah sumbangan daripada Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

“Semasa lawatan saya ke Hospital Umum Miri baru-baru ini, saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan hospital bahawa terdapat beberapa keperluan seperti peralatan untuk tujuan penganjuran program derma darah.

“Ini telah membuka ruang kepada inisiatif kami untuk menyumbangkan apa yang termampu demi membantu kelangsungan operasi hospital.

“Oleh itu, saya telah menyerahkan beberapa unit bagasi dan tiga unit alat pemeriksaan tekanan darah kepada pihak hospital,” demikian kata Choon Man menerusi satu kenyataan hari ini.

Choon Man berkata, sumbangan ini merupakan usaha kecil namun signifikan bagi menyokong keperluan logistik dan perubatan petugas kesihatan yang sentiasa berada di barisan hadapan.

Katanya, tujuan inisiatif ini adalah untuk meringankan beban pihak hospital dalam menjalankan tugas seharian, sekali gus menambah baik kemudahan sedia ada yang amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan secara efisien dan menyeluruh kepada rakyat Miri.

“Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya amat menyedari betapa pentingnya peranan hospital dalam menjaga kebajikan dan kesihatan masyarakat.

“Justeru, sumbangan ini diharapkan dapat membantu melicinkan operasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit, khususnya dalam aspek pemeriksaan asas dan penggunaan peralatan mudah alih,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: ‘Darah Anda, Harapan Mereka’ di Moonrise Garden
Next: Nicholsion urges introduction of National Insurance Scheme to address rising healthcare costs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.