Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hospital Miri terima 80 set tilam
  • TEMPATAN

Hospital Miri terima 80 set tilam

Utusan Sarawak 4 years ago
MENYERAHKAN… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin (tiga kanan) menyerahkan sumbangan set tilam kepada Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong,semalam.

MIRI: Hospital Miri telah menerima sumbangan sejumlah 80 set tilam Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, semalam.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin kepada Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong.

“Sumbangan set tilam ini adalah untuk kegunaan pesakit Covid-19 yang telah dipindahkan dari Hospital Miri ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“PKRC dan Hospital Miri menempatkan semua pesakit positif Covid-19 bagi seluruh bahagian Miri (Daerah Subis, Telang Usan, Marudi dan Beluru) dan setakat ini seramai 700 orang pesakit positif Covid-19 telah ditempatkan di PKRC dan Hospital Miri berbanding 800 kapisiti sedia ada,” kata Lee yang juga merupakan menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Lee, susulan peningkatan kes positif, JPBB Miri telah menyewa premis untuk dijadikan sebagai PKRC.

“Setakat ini,PKRC Miri, Hospital Miri termasuk premis yang baru disewa boleh menampung sehingga 1,100 pesakit COVID-19,” ujarnya.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: BBP bantu tangkap ular
Next: PKPB DILANJUTKAN HINGGA 17 MEI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.