Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Miri cari waris pesakit lelaki 73 tahun
  • WILAYAH

Hospital Miri cari waris pesakit lelaki 73 tahun

Utusan Sarawak 4 hours ago
PESAKIT lelaki berusia 73 tahun, Ong Ngee Eng, kini dirawat di Hospital Miri sementara menunggu waris atau ahli keluarga menguruskan rawatan dan discaj. Foto Hospital Miri

MIRI: Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit lelaki berusia 73 tahun, Ong Ngee Eng, bagi tujuan urusan rawatan dan discaj.

Menurut rekod hospital, kad pengenalan pesakit bernombor 520603-13-XXXX dan alamat yang tertera adalah di Lot 9172 Desa Indah, Jalan Dato Permaisuri 3D Lorong 2, Bandar Baru Permyjaya, Miri. 

Pesakit mula mendapatkan rawatan di Hospital Miri sejak 1 Februari lalu tetapi didapati tidak dapat memberikan maklumat diri dan ahli keluarga dengan jelas.

Sehingga kini, tiada waris atau ahli keluarga yang hadir bagi membantu perancangan rawatan dan urusan discaj pesakit.

Hospital Miri menggesa orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai maklumat mengenai waris atau ahli keluarga beliau untuk segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Puan Adriana Mathew Lugun, di talian 085-460633 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.

Tindakan segera adalah penting bagi memastikan pesakit menerima rawatan dan perhatian yang sewajarnya.

Continue Reading

Previous: 110 penduduk Kampung Muhibbah Pemindahan hadir Jamuan Tahun Baharu, Mesyuarat Agung JKKK
Next: Semangat ‘Segulai Sejalai’ JKSK Taman Seroja Indah tunjang perpaduan di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.