Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hospital Miri anjur sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Sabtu ini
  • TEMPATAN

Hospital Miri anjur sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Sabtu ini

Utusan Sarawak 1 day ago

MIRI: Tabung Darah Hospital Miri akan mengadakan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2025 di Boulevard Shopping Mall Miri.

Kenyataan Tabung Darah Hospital Miri melalui hantaran di Facebook hari ini, sambutan itu akan diadakan di Level 3, Boulevard Shopping Mall Miri pada 14 Jun ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sambutan yang bertema ‘Give Blood, Give Hope, Together We Save Lives’ akan ada pelbagai aktiviti menarik berlangsung selain cenderahati dan hadiah menarik.

Antara programnya ialah kempen derma darah 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan majlis pelancaran sambutan serta Anugerah Penderma Darah pada 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.

Orang ramai adalah dijemput dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi adiwira penderma darah serta bagi memeriahkan lagi sambutan itu.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kumpulan pertama Jemaah haji djangka tiba di Malaysia sabtu ini
Next: 48 kontraktor sertai Program Jelajah Integriti JKR, SPRM di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.