Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hospital Lubnan dipenuhi pesakit Covid-19
  • GLOBAL

Hospital Lubnan dipenuhi pesakit Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
MANGSA TERKORBAN… Beberapa orang sedang mengangkat keranda tiga petugas bomba yang terkorban di kampung halaman mereka di Qartaba, di utara ibu kota Lubnan, Beirut. • Foto AFP

BEIRUT: Kementerian Kesihatan Lubnan, semalam memberi amaran bahawa hospital negara itu mencapai keupayaan maksimum merawat pesakit Covid-19 selepas mangsa tragedi letupan baru-baru ini membanjiri klinik sekali gus melonjakkan peningkatan kes.

Menteri Kesihatannya, Hamad Hassan berkata, hospital awam dan swasta terutama di ibu kota mempunyai kapasiti sangat terbatas, baik dari segi katil rawatan di unit rawatan intensif mahupun peralatan pernafasan.

“Kami berada di tengah kemelut serius dan tidak mempunyai banyak masa,” kata pada sidang media.

Beliau mendesak pihak berkuasa mengambil ‘keputusan segera’ untuk melaksanakan perintah berkurung selama dua minggu bagi membendung penyebaran virus.

Lubnan menghadapi lonjakan kes dan kematian akibat Covid-19 sejak beberapa minggu kebelakangan ini, di samping negara itu mencatatkan rekod baharu selepas letupan besar yang melanda sebahagian besar, Beirut pada 4 Ogos lalu.

Tragedi yang mengorbankan 177 mangsa dan mencederakan lebih 6,500 orang akibat terkena serpihan bangunan runtuh dan kaca mengakibatkan pesakit membanjiri hospital yang sebelum ini menjadi tumpuan ramai susulan wabak Covid-19 melanda.

Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu, melaporkan 456 jangkitan baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 9,337 kes, dengan 105 kematian sejak penularan pandemik itu, pada Februari lalu.

Perintah berkurung yang dirancang sebelum ini dibatalkan susulan tragedi letupan itu yang memusnahkan sekitar kawasan pelabuhan serta mengakibatkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Di ibu kota, unit rawatan rapi dan jabatan yang ditubuhkan merawat Covid-19 di hospital awam penuh. – AFP

Continue Reading

Previous: Korban di AS melepasi 170,000
Next: Angka kematian Covid-19 kini 778,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.