Hospital Kapit perkasa kesedaran kesihatan mental di tempat kerja

Facebook
WhatsApp
MERIAH....Sekitar Kursus Mental Wellbeing at Workplace di Bilik Persidangan Hospital Kapit.

KAPIT, 28 Oktober: Kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan mental di tempat kerja terus diperkasa menerusi penganjuran Kursus Mental Wellbeing at Workplace oleh Hospital Kapit, baru-baru ini.

Seramai 20 peserta menyertai kursus yang berlangsung di Bilik Persidangan Hospital Kapit itu sempena sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada pengurusan stres serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, positif dan saling menyokong.

Inisiatif itu bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan warga kerja bahawa penjagaan kesihatan mental merupakan aspek penting dalam mengekalkan kesejahteraan diri dan suasana kerja yang kondusif.

Penganjuran kursus itu turut mencerminkan komitmen Hospital Kapit dalam menggalakkan budaya kerja yang lebih prihatin terhadap kesihatan mental.

UNTUK KENANGAN…..Para peserta Kursus Mental Wellbeing at Workplace merakam kenangan.

Hospital Kapit merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan serta peserta atas komitmen dan penglibatan mereka.

Usaha seumpama itu diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kerja untuk menjaga kesejahteraan mental serta membina persekitaran kerja yang lebih positif dan saling menyokong.

Oleh Akun Giman