Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hospital di Greece semakin sesak
  • GLOBAL

Hospital di Greece semakin sesak

Utusan Sarawak 3 years ago

Bystanders, some wearing protective facemasks, gather near a bus stop in central Athens on November 9, 2021. - Greece is recording a spike in coronavirus (Covid-19) cases, and a rise in ICU admissions and subsequent deaths, despite additional restrictions and a campaign to boost vaccinations in the population. (Photo by Louisa GOULIAMAKI / AFP)

SEBAHAGIAN penduduk menggunakan pelitup muka ketika menunggu bas di perhentian bas di tengah Athens, Greece. Greece merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 sehingga menyebabkan hospital semakin sesak. • Foto AFP

ATHENS: Greece sedang mengalami gelombang keempat Covid-19, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis memberi amaran pada Selasa lalu ketika jangkitan harian mencecah paras tertinggi sejak wabak itu bermula dengan hospital mula tertekan akibat peningkatan jangkitan.

Negara itu mencatatkan rekod 8,613 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kata Pertubuhan Kesihatan Awam Kebangsaan, selepas kes meningkat lebih dua kali ganda dalam masa kurang dari dua minggu.

Seramai 46 orang meninggal dunia akibat penyakit itu pada Selasa, selepas merekodkan 65 orang sehari sebelumnya.

“Kami menghadapi gelombang keempat yang kebanyakkannya melibatkan mereka yang tidak divaksinasi,” kata Mitsotakis selepas perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte.

Beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada meningkatkan jumlah vaksinasi dan mengambil langkah-langkah tanpa mengambil langkah berkurung.

Bahagian utara negara itu, yang mana kadar vaksinasi lebih rendah berbanding di kawasan lain, paling teruk terjejas sejak kebelakangan ini.

Di bandar kedua Thessaloniki, pihak pengurusan di hospital utama yang memerangi Covid-19 berkata, ia dipenuhi dengan pesakit.

Ketua Jabatan Kecemasan di Hospital Papanikolaou Nikos Kapravelos pada hujung minggu memberi amaran terhadap lonjakan baharu yang serupa dengan gelombang kedua pada November tahun lalu.

Pihak Berkuasa Kesihatan pada Jumaat lalu mewajibkan pas Covid-19 untuk restoran dan kafe terbuka, serta ruang awam tertutup.

Selain itu, pelitup muka masih diwajibkan di dalam rumah dan di perhimpunan luar yang besar.

Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Marios Themistokleous pada Isnin lalu juga memberi amaran kes semakin meningkat di Greece, walaupun 61.2 peratus daripada penduduk telah menerima dua suntikan vaksinasi.

Beliau berkata, janji temu untuk dos pertama vaksin Covid telah meningkat secara mendadak dalam beberapa hari kebelakangan ini. -AFP

Continue Reading

Previous: Wartawan AS didakwa terlibat keganasan, hasutan
Next: 68 mautrusuhan dalam penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.