Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Bintulu tandatangani IBR perkukuh budaya integriti
  • Utara
  • WILAYAH

Hospital Bintulu tandatangani IBR perkukuh budaya integriti

Utusan Sarawak 11 hours ago
WARGA Hospital Bintulu menunjukkan dokumen IBR yang ditandatangani sebagai simbol komitmen memerangi rasuah dan memperkukuh integriti dalam perkhidmatan kesihatan. Foto Hospital Bintulu

BINTULU: Hospital Bintulu mengambil langkah proaktif memperkukuh budaya integriti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam apabila mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) buat julung kalinya di hospital berkenaan, semalam.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Bintulu, Glenn Lores, bersama Penguasa Muhammad Najib Mohd Yassin, yang turut menandakan komitmen berterusan hospital dalam memastikan setiap warga kerjanya bebas daripada sebarang bentuk salah guna kuasa dan rasuah.

Pengarah Hospital Bintulu, Suzalinna Sulaiman berkata, pelaksanaan IBR merupakan manifestasi tanggungjawab moral dan profesional seluruh warga hospital untuk menunaikan amanah dengan penuh integriti.

WARGA Hospital Bintulu mengangkat tangan sebagai simbol lafaz IBR pada majlis yang diadakan di Hospital Bintulu, semalam. Foto Hospital Bintulu

“Tanpa petugas kesihatan dan pegawai yang berintegriti, akan rosaklah sistem kesihatan. 

“Fasiliti yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa akan mengurangkan kepercayaan masyarakat serta mencalar imej dan profesionalisme yang telah lama kita bina,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa nilai integriti perlu menjadi budaya kerja harian dan bukan sekadar slogan, selain menggesa warga hospital agar menutup ruang dan peluang kepada sebarang bentuk rasuah.

Katanya lagi, komitmen Hospital Bintulu itu sejajar dengan agenda kerajaan untuk memperkukuh tata kelola serta mempertingkat kecekapan perkhidmatan awam berteraskan prinsip Malaysia Madani.

Hospital Bintulu turut menzahirkan penghargaan kepada SPRM Cawangan Bintulu atas sokongan dan kerjasama berterusan dalam memperkasakan kesedaran anti rasuah di peringkat akar umbi perkhidmatan kesihatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Lubok Antu laksana pemantauan di sekolah pastikan keselamatan pelajar terjamin
Next: Hospital Bintulu mohon bantu kesan waris pesakit wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.