Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hospital Bintulu rayu sumbangan orang ramai
  • SEMASA

Hospital Bintulu rayu sumbangan orang ramai

Utusan Sarawak 18 hours ago

BINTULU: Jabatan Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Bintulu kini menghadapi kekurangan bekalan darah jenis A dan menyeru orang ramai yang layak agar tampil menderma bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Dalam satu kenyataan, pihak hospital memaklumkan bahawa individu yang mempunyai darah jenis A dan telah memenuhi tempoh rehat minimum sejak pendermaan terakhir digalakkan untuk menderma di Tabung Darah Hospital Bintulu atau di mana-mana lokasi kempen derma darah bergerak sekitar kawasan ini.

“Sokongan anda amat kami perlukan. Setiap beg darah mampu menyelamatkan hingga tiga nyawa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai turut digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai keperluan dan lokasi pendermaan melalui saluran rasmi media sosial Hospital Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Warisan budaya Sarawak diperkasa melalui Karnival Gawai Tradisi 2025
Next: Kebergantungan beras Sarawak isyarat keperluan terdesak untuk pembaharuan – Violet Yong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.