Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Bintulu perlu darah jenis 0 dengan segera
  • Utara
  • WILAYAH

Hospital Bintulu perlu darah jenis 0 dengan segera

Utusan Sarawak 7 months ago

BINTULU: Hospital Bintulu merayu orang ramai untuk menyumbang darah jenis O dalam usaha memenuhi keperluan mendesak platelet bagi pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Menurut kenyataan menerusi satu hantaran di Facebook Tabung Darah Bintulu, kekurangan platelet kini memerlukan perhatian segera dan berharap individu dengan darah jenis O dapat hadir untuk menderma pada hari ini dan esok. 

Pusat Tabung Darah Hospital Bintulu akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Setiap sumbangan yang diterima adalah sangat berharga dan berpotensi menyelamatkan nyawa. 

Pihak hospital menekankan betapa pentingnya solidariti dan sokongan daripada masyarakat dalam situasi kritikal ini.

“Marilah kita bersama-sama menyokong komuniti kita melalui derma darah ini,” menurut kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Bas pintar percuma beri manfaat untuk ke Hospital Miri
Next: Diskaun 30 peratus kompaun saman trafik di Sibu 14 Okt ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.