Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris mendiang Adeline Ikau
  • TEMPATAN

Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris mendiang Adeline Ikau

Utusan Sarawak 5 hours ago
PIHAK Hospital Bintulu memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada mendiang Adeline anak Ikau yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan. Foto Hospital Bintulu

BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang wanita yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Perubatan Perempuan hospital berkenaan.

Menurut kenyataan Hospital Bintulu, mendiang dikenali sebagai Adeline anak Ikau (No. K/P: 890914-13-XXXX) dengan alamat terakhir di Blok J-5-14, RPR Sungai Plan, 97000 Bintulu.

“Ahli keluarga atau waris yang mengenali mendiang diminta agar segera hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Bintulu.

“Atau, menghubungi talian 086-859 000 bagi tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Pihak hospital turut menghargai kerjasama orang ramai dan berharap maklumat berkenaan dapat disebarkan secara meluas bagi membantu mengesan waris mendiang.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak cipta Rekod Dunia Guinness menjelang 2026
Next: Hospital Umum Sarawak cari waris lelaki warga emas Phan Kah Shing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.