
BINTULU: Pihak Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan waris atau keluarga terdekat kepada seorang pesakit wanita yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Menurut kenyataan pihak Hospital Bintulu, pesakit dikenali sebagai Diana Abdullah @ Diana Bakin, 48, dengan alamat terakhir No. 25, Sibiyu Jaya Fasa 3, Batu 6, Jalan Bintulu.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pesakit ini diminta untuk tampil atau menghubungi pihak hospital dengan segera bagi membantu urusan lanjut,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat Hospital Bintulu di talian 086-859000 sambungan 2088.
“Mohon jasa baik orang awam agar hebahan ini dapat dikongsikan secara meluas bagi membantu mengesan waris pesakit berkenaan,” ujar kenyataan itu.
Oleh Carolyne Utih