Hospital Bintulu kesan waris mendiang Soon Chee Meng

Facebook
WhatsApp

BINTULU: Hospital Bintulu kini sedang mengesan waris kepada seorang lelaki bernama Soon Chee Meng yang meninggal dunia semalam (3 Mac) selepas menerima rawatan di Wad Perubatan Lelaki hospital berkenaan.

Menurut satu kenyataan daripada Hospital Bintulu, mayat mendiang masih belum dituntut oleh ahli keluarga atau waris terdekat. 

Berdasarkan rekod, alamat terakhir mendiang ialah No. 11, Jalan 29, Taman Sri Paloh, 86600 Paloh, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mendiang diminta tampil untuk urusan tuntutan atau menghubungi Jabatan Forensik Hospital Bintulu di talian 086-859 000 bagi tindakan lanjut.

Pihak hospital berharap waris dapat segera tampil bagi menyelesaikan urusan pengebumian dengan sewajarnya.

20 kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 13 Oktober: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat

20 kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 13 Oktober: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat