Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Bintulu kekurangan bekalan darah jenis A positif
  • Utara
  • WILAYAH

Hospital Bintulu kekurangan bekalan darah jenis A positif

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER Tabung Darah Bintulu memaklumkan kekurangan bekalan darah jenis A positif dan menggesa orang ramai tampil menderma.

BINTULU: Jabatan Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Bintulu kini berdepan kekurangan bekalan darah jenis A positif (A+) dan menggesa orang ramai yang layak, khususnya penderma darah jenis berkenaan, agar tampil menderma bagi memastikan keperluan rawatan pesakit dapat diteruskan tanpa gangguan.

Menurut satu kenyataan, Hospital Bintulu amat memerlukan bekalan darah jenis A untuk kegunaan pesakit yang memerlukan transfusi darah, termasuk kes kecemasan dan pembedahan.

Pihak hospital memaklumkan orang ramai yang mempunyai darah jenis A boleh menderma darah di Tabung Darah Hospital Bintulu atau menyertai mana-mana kempen derma darah bergerak yang diadakan di sekitar Bintulu, sekiranya telah mencukupi tempoh kelayakan.

Sehubungan itu, sokongan masyarakat setempat amat diperlukan bagi memastikan bekalan darah sentiasa berada pada paras selamat dan mencukupi untuk kegunaan pesakit.

Orang ramai juga digalakkan mengajak rakan serta ahli keluarga yang layak untuk bersama-sama menderma darah sebagai usaha membantu menyelamatkan nyawa.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Ular tedung selar ceroboh stor rumah penduduk di Kampung Melayu
Next: APM Saratok musnahkan sarang tebuan tanah sebesar tong sampah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.