Hospital Bintulu cari waris Thomas Lampin

Facebook
WhatsApp
     THOMAS Lampin sedang dirawat di Hospital Bintulu memerlukan bantuan untuk mengesan ahli keluarganya. – Unit Komunikasi Korporat, Hospital Bintulu

 

BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit yang kini dirawat di hospital.

Pesakit, Thomas Lampin (No. K/P: 891206-13-XXXX), sedang menerima rawatan di Wad Pembedahan Lelaki di hospital berkenaan.

Pihak hospital memerlukan maklumat lanjut mengenai waris pesakit bagi tujuan pengurusan seterusnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan waris Thomas diminta untuk menghubungi Hospital Bintulu di talian 086-859000.

Oleh Carolyne Utih