
BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit wanita yang sedang menerima rawatan di Wad Perubatan Perempuan hospital tersebut.
Menurut kenyataan Hospital Bintulu, pesakit dikenali sebagai Adeline Ikau (890914-13-XXXX) dengan alamat terakhir Blok J-5-14 RPR Sungai Plan, 97000 Bintulu.
“Ahli keluarga atau waris yang mengenali pesakit ini diminta segera hadir ke Jabatan Perubatan Am, Hospital Bintulu atau menghubungi talian 086-859000 bagi membantu urusan lanjut,” kata kenyataan itu.
Kerjasama orang ramai amat dihargai dan diharapkan maklumat ini dapat dikongsikan secara meluas bagi membantu mengesan waris pesakit.