Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hornbill Familia raih johan Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional
  • TEMPATAN

Hornbill Familia raih johan Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional

Utusan Sarawak 21 hours ago
KUMPULAN Hornbill Familia dinobatkan sebagai Johan Program Pencungkil Bakat: Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional di Go Down Amphitheatre, Tebingan Kuching semalam. Foto: JKKN

KUCHING: Kumpulan Hornbill Familia dinobatkan sebagai johan Program Pencungkil Bakat: Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional selepas mempersembahkan persembahan bertenaga dan penuh kreativiti pada malam kemuncak pertandingan yang berlangsung di Go Down Amphitheatre, Tebingan Kuching semalam.

Pertandingan yang menghimpunkan tujuh kumpulan finalis dari pelbagai latar belakang ini berjaya memukau penonton melalui kepelbagaian alunan muzik tradisional sekali gus menyerlahkan bakat seni generasi muda.

KUMPULAN Hornbill Familia dinobatkan sebagai johan Program Pencungkil Bakat: Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional di Go Down Amphitheatre, Tebingan Kuching semalam. Foto: JKKN

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Ramzi Abdillah yang mewakili Datuk Bandar Kuching Utara, serta Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Noor Seela Noor Sulaiman yang mewakili Ketua Pengarah JKKN yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir sama ialah Matinus Njok mewakili Pengerusi Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK).

Menurut JKKN, penganjuran program ini merupakan sebahagian inisiatif berterusan bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak muda.

Selain itu, program ini juga bertujuan menyemarakkan kembali seni budaya warisan bangsa di Sarawak.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibu bapa perlu kaunseling elak penafian jika anak terlibat dadah
Next: Mesyuarat strategik JPJ Miri selaras kemasukan bas Brunei ke Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.