Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hope Place bantu Sediah Sta di Bandar Baru Semariang
  • TEMPATAN

Hope Place bantu Sediah Sta di Bandar Baru Semariang

Utusan Sarawak 2 days ago
SEDIAH Sta (kiri) bersama Mary Vun dari Hope Place.

PETRA JAYA: Ketika rakyat Sarawak meriah menyambut perayaan Gawai bersama keluarga dan sanak saudara, seorang wanita warga emas dari Bandar Baru Semariang, Sediah Sta, 61, menghadapi hari-harinya dalam keadaan uzur dan serba kekurangan.

Sediah kini mengalami pelbagai masalah kesihatan serius yang melibatkan kedua-dua matanya tidak lagi dapat melihat sepenuhnya, selain menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, dan masalah tiroid.

Keadaan Sediah semakin membimbangkan apabila disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan kini perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala.

Baru-baru ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hope Place Kuching telah melawat keluarga Sediah di kediamannya.

Menurut pihak NGO, Sediah baharu sahaja keluar dari hospital beberapa minggu lepas selepas dimasukkan selama seminggu akibat jangkitan perut dan ketika lawatan dibuat, Sediah masih dalam keadaan sangat lemah dan sukar untuk berdiri atau berjalan.

“Disebabkan keadaan kesihatan yang kritikal, Sediah kini sepenuhnya bergantung kepada anak perempuannya yang turut menghadapi tekanan kewangan.

“Kami menggesa orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Sediah atau keluarga kurang berkemampuan lain agar menyalurkan sumbangan terus ke akaun rasmi NGO kami.

“Ketika ini kami turut membantu lebih 240 keluarga memerlukan sekitar Kuching, termasuk golongan miskin, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), dan ibu tunggal,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Hope Place menyampaikan bantuan makanan asas seperti beras, mi segera, biskut, serta barangan keperluan harian lain.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Hope Place di talian 013-5672775 untuk maklumat lanjut atau sumbangan secara dalam talian.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ‘Jemarahan’, penduduk Samarahan luahkan keperitan hadapi kesesakan
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ziarah keluarga Almarhumah Hasanah Daud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.