Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hong Kong keluar amaran hujan tertinggi, tutup sekolah
  • SEMASA

Hong Kong keluar amaran hujan tertinggi, tutup sekolah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEJALAN kaki membawa payung menunggu untuk melintas jalan ketika hujan lebat melanda Hong Kong pada 15 Jun 2026. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Balai Cerap Hong Kong pada Khamis mengeluarkan amaran hujan hitam, iaitu tahap amaran hujan tertinggi, pada 12.55 tengah hari waktu tempatan, menyebabkan sekolah ditutup dan sebahagian perniagaan menghentikan operasi, selain menggesa penduduk berlindung serta berwaspada terhadap risiko banjir serius.

Menurut balai cerap itu menerusi laman sesawangnya, hujan lebat melebihi 70 milimeter sejam dijangka berterusan. Ini kali kedua amaran hujan hitam dikeluarkan tahun ini, selepas kali pertama pada 8 Jun lalu.

Hab kewangan itu, bersama sebahagian besar kawasan selatan China, dilanda hujan berterusan sejak beberapa hari lalu akibat monsun barat daya yang aktif dan sistem tekanan rendah yang masih berterusan.

Balai cerap itu turut memaklumkan yang angin kencang dijangka terus melanda Hong Kong, dengan kelajuan angin sekitar 80 kilometer sejam direkodkan di daerah Tai O di bahagian barat daya bandar itu.

Keadaan cuaca buruk itu berlaku menjelang sambutan Festival Perahu Naga pada Jumaat, yang memberi penduduk cuti hujung minggu selama tiga hari dan dijangka menyaksikan peningkatan pergerakan orang ramai.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa di Shenzhen, tanah besar China, turut mengeluarkan amaran hujan merah dan menasihatkan penduduk agar menjauhi kawasan rendah, kawasan ditakungi air serta lokasi lain yang dianggap berbahaya.

Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko banjir di kawasan pergunungan, tanah runtuh dan bencana lain. – Bernama

Continue Reading

Previous: Melindungi pemandu e-hailing harus jadi keutamaan negara – Lee
Next: Datuk Kamil Misuari, suami kepada Dato Sri Nancy Shukri meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.