
KUALA LUMPUR: Perenang lelaki negara, Khiew Hoe Yean beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas berganda pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Kebangsaan di sini, hari ini.
Perenang berusia 22 tahun itu mengungguli acara 100 meter (m) gaya bebas dengan melakukan catatan masa 50.00 saat (s), kurang 0.46s untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Welson Sim.
Pingat perak acara tersebut dimenangi perenang Pulau Pinang, Lim Yin Chuen sementara gangsa milik perenang Thailand, Surasit Thongdeang.
Pingat emas yang dimenangi itu kemudian disusuli kejayaan meraih emas acara 100m kuak lentang dengan catatan masa 56.41s.
Perenang Selangor, Daniel Williams meraih pingat perak sementara Wei Hii Puong dari Sarawak meraih gangsa.
“Ini bukan acara utama saya. Ini adalah acara pemanas badan saya sebelum acara kegemaran (200m dan 400m).
“Apa pun ia pengalaman baik untuk bersaing dengan perenang negara yang lain selepas sibuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Paris sebelum ini,” kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan. – Bernama
Perenang negara mewakili pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Khiew Hoe Yean menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara 100 meter gaya bebas dan 100 meter kuak lentang pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.
Perenang negara mewakili pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Khiew Hoe Yean ketika beraksi dalam acara 100 meter kuak lentang pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini. – Bernama