Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Hobi berkebun beri pulangan lumayan
  • STAIL

Hobi berkebun beri pulangan lumayan

Utusan Sarawak 5 years ago
BERBALOI… Manuchihr Smith mencabut sayur dari batas di halaman rumahnya di Kampung Tellian Ulu.

BERKEBUN  secara kecil-kecilan di halaman rumah sudah lama menjadi amalan kalangan masyarakat kita, sama ada di kawasan kampung, rumah panjang mahupun di kawasan perumahan.

Senario tersebut didorong oleh pelbagai faktor, antaranya ekonomi dan juga hobi terutama untuk mengisi masa lapang.

Tidak kurang yang mengamalkannya untuk  mendapatkan tanaman  segar serta sihat, terutamanya bebas daripada racun serangga atau baja kimia.

Biasanya sayuran-sayuran menjadi pilihan kerana pada dasarnya ia mudah diusahakan  serta cepat matang jika dibandingkan dengan tanaman lain.

“Bila ada kebun sendiri, kita  tidak akan sangsi mengenai keselamatan sayur untuk dimakan kerana kita tahu jenis dan jumlah baja yang digunakan. Malah berkebun ini juga

 baik untuk kesihatan dan  alam sekitar,” ujar Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Mukah, Manuchihr Smith.

Katanya, jika aktiviti berkebun secara kecil-kecilan ini dirancang dengan betul, ia akan mengeluarkan hasil untuk sepanjang tahun.  Dengan cara ini, perbelanjaan rumah tangga dapat dijimatkan.

Manuscihr menambah kata, pertanian sara diri ini juga  boleh memberi pendapatan tambahan kepada keluarga.

Justeru beliau bangga melihat hobi sihat dan menguntungkan ini telah lama wujud di Mukah ini, terutama setelah program Bumi Hijau diperkenalkan  lebih sedekad yang lalu.

Meninjau sejarahnya, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahamad Badawi menggunakan istilah ‘Bumi Hijau’ mengenai program yang dahulunya dikenali sebagai ‘Buku Hijau’ oleh Jabatan Pertanian Negeri.

Ia diikuti oleh pelbagai program bertujuan untuk menggalakkan dan menyemai minat pertanian kecil-kecilan di belakang rumah atau kawasan lapang berdekatan dengan memberi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Berobjektif untuk meringankan beban akibat kenaikan harga sayur-sayuran yang tidak boleh dielakkan semenjak sedekad yang lalu, antara kaedah penanaman yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar ialah Hidroponik dan  Fertigasi  yang tidak memerlukan kawasan tanah luas.

Salah seorang  penduduk di sebuah perumahan di sini yang hanya ingin dikenali sebagai Abang Bidi menyatakan bercucuk tanam sendiri adalah lebih baik kerana kita boleh memilih jenis sayur yang disukai.

“Misalnya kalau kita minat sayur sawi,  terung, timun dan sebagainya, kita boleh tanam semuanya dalam sekala kecilan-kecilan, satu atau dua pohon untuk jenis masing-masing. Kita boleh tanam lada, limau, serai, kunyit, halia dan sebagainya. Saya kadang-kadang tak tahu berapa harga pasaran bahan-bahan ini kerana saya ada menaman kebanyakan daripada barang kegunaan dapur ini,” katanya.

Selain sayur-sayuran, tanaman  yang sering ditanam di belakang rumah di Daerah Mukah ini ialah betik, limau kasturi, kelapa jenis rendah, pisang dan buah naga.

Bagi yang kreatif, masalah kawasan tanah yang terhad tidak menghalang mereka untuk bercucuk tanam kerana mereka menggunkan bekas  terpakai seperti tin, botol dan sebagainya yang digantung di balkoni rumah atau di tepi rumah.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah pernah menyatakan bahawa seseorang itu seharusnya mempunyai tekad di dalam diri untuk menambahkan pendapatan demi meringankan bebanan akibat kenaikan  harga barang harian.

Justeru  beliau menyarankan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Dalat untuk bercucuk tanam di halaman rumah bagi kegunaan sendiri dan seterusnya mengurangkan pembelanjaan runcit mereka.

“Bercucuk tanam  untuk kegunaan sendiri dan semestinya kalau ada lebih boleh dijual. Ini semua boleh dilakukan sebagai kerja sambilan mahupun secara penuh masa,” ujarnya.

Maka mereka  digalakkan untuk bekerjasam dengan jiran, misalnya menanam keperluan dapur yang berlainan.  Jika  dikongsikan, keperluan boleh dibuat  secara bertukar-tukar antara satu sama lain.


Selain daripada berkongsi hasil tanaman, ia juga boleh memperatkan  lagi hubungan silaturahim atau semangat kejiranan.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Warisan dari kudrat sepasang kaki wanita
Next: Angkat kearifan tempatan sebagai bahan intelektual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.