Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • HIP perkasa penggunaan Bahasa Inggeris murid luar bandar di Krian
  • PENDIDIKAN

HIP perkasa penggunaan Bahasa Inggeris murid luar bandar di Krian

Utusan Sarawak 17 hours ago
FRIDAY Belik menghadiri Program HIP anjuran SK Praja di Rumah Noel Laga, Praja Ili, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Usaha memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid luar bandar mendapat suntikan semangat menerusi pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Praja yang berlangsung di Rumah Noel Laga, Praja Ili, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SK Praja atas inisiatif menganjurkan program yang selari dengan hala tuju kerajaan Sarawak dalam memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Program Dwi Bahasa (DLP) bermula tahun ini.

Menurut beliau, pelaksanaan program sebegini amat bertepatan dengan agenda kerajaan negeri yang menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di semua sekolah, terutamanya bagi mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran masa depan.

“Dari pemerhatian saya hari ini, rata-rata murid dan ibu bapa menunjukkan kesungguhan yang tinggi serta semangat luar biasa untuk belajar dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. 

“Ini adalah satu petanda positif bahawa program sebegini mampu memberi impak besar kepada komuniti luar bandar,” katanya semasa berucap merasmikan program berkenaan.

Program yang pertama kali dianjurkan di Daerah Saratok ini merupakan inisiatif Guru Besar SK Praja, Austin Albert Jalin, yang bertekad untuk membawa perubahan dalam budaya pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

Turut serta dalam program tersebut ialah para murid dari SK Wong Besi, sekali gus memperluaskan jaringan penyertaan dan sokongan dalam kalangan sekolah rendah di kawasan luar bandar.

HIP bertujuan mendedahkan dan membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris secara menyeluruh melibatkan murid, guru, dan komuniti setempat.

Pendekatan inklusif ini diyakini mampu memperkukuh kemahiran komunikasi pelajar serta meningkatkan keyakinan mereka dalam penggunaan Bahasa Inggeris secara harian.

Friday turut menggesa agar program seumpama ini diteruskan dan diperluas ke sekolah lain di seluruh kawasan DUN Krian sebagai usaha menyeluruh memperkasakan pendidikan luar bandar dan menjadikan Sarawak sebagai peneraju pendidikan berkualiti di Malaysia.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Petronas taja RM28 juta untuk lebih 100 pelajar cemerlang Sarawak
Next: Francis Harden puji murid luar bandar kuasai Bahasa Inggeris dalam projek STEM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.