Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Himpunan di ibu negara: Siasatan dijalankan bagi pastikan tiada isu 3R dikaitkan – Polis
  • SEMASA

Himpunan di ibu negara: Siasatan dijalankan bagi pastikan tiada isu 3R dikaitkan – Polis

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERHIMPUNAN bermula kira-kira 4.00 petang di kawasan pusat beli-belah Sogo sebelum bergerak perlahan ke Dataran Merdeka, dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang dengan pemantauan rapi daripada pihak polis. Foto MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR: Polis akan meneruskan siasatan berhubung himpunan berkaitan isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di ibu negara hari ini bagi memastikan tiada unsur menyentuh isu perkauman, agama dan institusi diraja (3R).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya akan meneliti semua aspek sepanjang perhimpunan terbabit dan sekiranya terdapat sebarang unsur melibatkan isu 3R, kertas siasatan akan dibuka untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, polis masih dalam proses meneliti keseluruhan perhimpunan dari awal hingga tamat,” katanya pada sidang media di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau berkata perhimpunan bermula kira-kira 4.00 petang dan berakhir dua jam kemudian di hadapan sebuah kompleks beli-belah sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka itu berjalan lancar dan terkawal hasil kerjasama semua pihak.

Pihak polis, katanya telah menerima pemakluman awal daripada penganjur dan mengadakan sesi libat urus bagi memastikan perhimpunan berlangsung mengikut undang-undang.

“Perhimpunan berjalan dengan baik dan terkawal dengan kehadiran dianggarkan kira-kira 200 orang,” katanya.

Fadil berkata kira-kira 600 anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi digerakkan bagi mengawal keadaan sepanjang perhimpunan berlangsung.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan sedang rangka undang-undang tangani judi dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.