Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Hilux terbakar, penumpang selamat
  • KEBAKARAN

Hilux terbakar, penumpang selamat

Utusan Sarawak 2 days ago

SARIKEI: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Meranti, berhampiran Jambatan Nyelong, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.35 pagi.

“Bertindak atas panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang marak terbakar di tepi jalan. Api telah membakar keseluruhan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau menambah, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu kerana kesemua penumpang berjaya menyelamatkan diri lebih awal.

“Komander operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengarahkan anggota menggunakan dua kekili hos, air dari tangki jentera serta pili bomba sejauh 200 kaki bagi memadamkan kebakaran.

“Kerja-kerja pemadaman mengambil masa kira-kira 27 minit dan kenderaan berkenaan musnah 100 peratus.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.11 pagi,” jelasnya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh berjaya dipadamkan
Next: Kebakaran musnahkan sebuah rumah di Kampung Haji Wahed

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.