Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hilang selepas keluar bekerja, keluarga bimbang keselamatan Bonaventure
  • Tengah
  • WILAYAH

Hilang selepas keluar bekerja, keluarga bimbang keselamatan Bonaventure

Utusan Sarawak 7 hours ago
BONAVENTURE Janda Anthony Wellson, 29, dilaporkan hilang sejak 26 Disember. Maklumat terbaru diperoleh daripada keluarganya bagi menjejaki beliau.

KUCHING: Kehilangan Bonaventure Janda Anthony Wellson, 29, sejak keluar bekerja pada 26 Disember lalu menimbulkan kebimbangan apabila beliau tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya.

Pada hari kejadian, beliau hanya membawa kad pengenalan dan beg peribadi, menunggang motosikal Modenas biru bernombor QS5587C, dan dijadualkan bekerja separuh hari.

Ketika dihubungi Utusan Sarawak, adiknya, Elmyda, mendedahkan kali ini tempohnya terlalu lama berbanding kehilangan sebelum ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan keluarga terhadap keselamatan beliau.

Lelaki berkenaan, yang telah berkahwin dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di sini, dilaporkan keluar dari rumah keluarganya di Jalan Ulu Oya sekitar 3.30 petang untuk ke tempat kerja.

Elmyda berkata, kebiasaan syif kerja pada hari Jumaat berakhir sekitar 7.30 malam, namun beliau tidak pulang ke rumah pada malam tersebut.

“Pada malam itu hujan lebat, jadi kami sekeluarga menyangka dia tidak pulang kerana cuaca dan tidak mengesyaki apa-apa yang luar biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun, usaha menghubungi beliau pada 27 dan 28 Disember tidak berhasil, namun keluarga masih menganggap keadaan tersebut sebagai kejadian biasa memandangkan beliau pernah tidak pulang selama dua hari sebelum ini dan kembali ke rumah dengan selamat.

Kebimbangan keluarga memuncak pada 29 Disember selepas pihak majikan menghubungi ahli keluarga bagi memaklumkan bahawa Bonaventure tidak hadir bertugas sejak Sabtu, Ahad dan Isnin.

“Ketika itu barulah kami sedar kehilangan kali ini berbeza dan benar-benar membimbangkan, lalu kami terus membuat laporan polis,” katanya.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pusat Sibu dan keluarga kini memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu menjejaki beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau terlihat beliau diminta menghubungi balai polis terdekat atau keluarga di talian 017-809 2765.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: APM Marudi musnah sarang lebah di Kampung Narum
Next: APM Limbang musnahkan sarang tebuan sebesar tayar Kancil di Kampung Reda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.