Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Hilang kawalan, lelaki 29 tahun cedera parah dalam kemalangan kendiri  
  • KEMALANGAN

Hilang kawalan, lelaki 29 tahun cedera parah dalam kemalangan kendiri  

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Seorang lelaki berusia 29 tahun cedera parah selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal dengan memasang ‘Cervical Collar’dan ‘Lower Limb Immobilizer’,” katanya.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan perubatan Klinik Tatau untuk rawatan lanjut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima cedera parah kemalangan kendiri
Next: Pemandu lori maut langgar belakang pikap disyaki alami serangan jantung  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.