Hilang di Sarawak, wanita 20 tahun ditemui selamat di Perlis

Facebook
WhatsApp
KETERANGAN… Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William memberi keterangan mengenai wanita hilang pada 27 Ogos lalu.

PADAWAN: Seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang pada 27 Ogos lalu ditemui selamat di Kangar, Perlis, pada 31 Ogos.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William, berkata wanita berkenaan, Sachiel anak Vincent, ditemui pihak polis kira-kira 4.00 petang.

“Pihak keluarga telah dimaklumkan dan kini sedang membuat urusan untuk membawanya pulang ke Sarawak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Barry turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dengan menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penemuan wanita berkenaan dalam keadaan selamat.

Katanya, keluarga wanita itu telah ke Perlis untuk membawanya pulang dan bersyukur kerana dia tidak menjadi mangsa penipuan pekerjaan ke luar negara, sebaliknya berada dalam keadaan selamat bersama rakan-rakannya di negeri itu. “Kes ini dianggap selesai. Saya menasihatkan golongan muda supaya berbincang terlebih dahulu dengan keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan sebelum membuat sebarang keputusan yang drastik,” katanya.

Oleh Connie Chieng

KASM agih pelitup muka susulan peningkatan IPU

BINTANGOR: Keprihatinan terhadap kesihatan pengunjung Pesta Meradong 2026 diterjemahkan Kelab Anak Seni Meradong (KASM) menerusi inisiatif mengagihkan pelitup muka kepada