Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hijrah peluang perbaiki diri – Dr Abdul Rahman
  • Utara
  • WILAYAH

Hijrah peluang perbaiki diri – Dr Abdul Rahman

Utusan Sarawak 24 hours ago
TEKAD KEARAH KEBAIKAN… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mengajak umat Islam untuk bertekad menjadi umat Islam yang lebih baik setiap masa.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mengajak umat Islam menjadikan tahun baharu hijrah sebagai tekad untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

Beliau berkata umat Islam perlu memperbaharui tekad dan keazaman untuk memperbaiki diri serta memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan ummah.

“Maal Hijrah bukan sekadar peralihan tahun tetapi ia membawa makna besar tentang perubahan, pembaharuan dan keazaman untuk memperbaiki diri serta memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan ummah.

“Marilah kita sama-sama meneladani semangat hijrah Rasulullah SAW, semangat keimanan, pengorbanan dan perpaduan baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata umat Islam perlu mendalami semangat hijrah dengan memperkukuh nilai murni, meningkatkan ilmu dan amal serta menyumbang kepada kemajuan masyarakat, negeri dan negara dalam suasana dunia yang penuh cabaran hari ini.

Dr Abdul Rahman berharap agar tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, keamanan dan kemajuan buat masyarakat  khususnya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota.

“Teruskan menyokong pembangunan yang menyeluruh demi kesejahteraan kita bersama dan selamat menyambut Maal Hijrah 1447H/2025M kepada seluruh umat Islam khususnya warga Bukit Kota.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 125 pemilik rumah di Taman Rajang digesa daftar pampasan sebelum 4 Julai
Next: Projek infrastruktur tiga sekolah DUN Kabong berjumlah RM1.65 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.