Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hidupkan semula karya Opera Cina
  • TEMPATAN

Hidupkan semula karya Opera Cina

Utusan Sarawak 1 year ago

KUCHING: Pemenang Anugerah Warisan  SAHSA pada Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF) 2024, Kuching Heng Hua Seng Ing Tong bertekad untuk menghidupkan semula karya Opera Cina yang semakin dilupakan khususnya dalam kalangan generasi muda di negeri ini. 

Salah seorang ahli Kuching Heng Hua Seng Ing Tong, Lyn Ho berkata antara objektif utama mereka menyertai pertandingan KIBF adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan opera cina kepada masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini. 

Katanya, kebanyakan masyarakat tidak kenal akan persembahan opera Cina, bukan sahaja bagi bangsa lain, malah generasi muda kaum Cina sendiri kurang mengenali dan meminati persembahan itu.

“Kami menyertai pertandingan ini kerana mahu memperkenalkan budaya opera Cina ini kepada generasi muda bagi menarik minat mereka agar budaya ini boleh dikekalkan pada masa akan datang. 

“Bagi kami, memenangi anugerah ini sangat bermakna untuk usaha kami memelihara budaya kami, ini menunjukkan usaha kami memperjuangkan budaya opera Cina ini dihargai,” katanya ketika ditemui  selepas menerima Anugerah Warisan SAHSA pada Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF) 2024, di Plaza Merdeka, di sini, malam tadi. 

Dalam pada itu, Lyn Ho juga menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk melatih generasi muda yang mempunyai minat dalam karya opera Cina.

“Kanak-kanak zaman sekarang lebih berminat dengan teknologi. Mereka menghabiskan masa lapang untuk bermain telefon dan sebagainya, jadi kami mahu mengalih minat mereka ini untuk belajar opera Cina.

“Ini kerana, sekiranya mereka menyertai aktiviti kami, ia lebih sihat berbanding bermain telefon. Di samping mempelajari budaya kaum Cina dan mendalaminya. 

“Sebab itulah kami selalu memuat naik persembahan dan aktiviti kami di laman Facebook. Selain itu, ahli-ahli kami yang mempunyai anak yang masih bersekolah juga kami akan bawa mereka untuk menyertai aktiviti yang kami anjurkan. Inilah antara cara kami untuk menarik minat mereka,”jelasnya. 

Kuching Heng Hua Seng Ing Tong kini sudah 45 tahun ditubuhkan dan disertai oleh lebih 30 ‘Wanita Heng Hua’. 

Pada pertandingan KIBF, Kuching Heng Hua Seng Ing Tong ini memeriahkan Carpenter Street dengan persembahan opera Cina selama dua malam iaitu pada Khamis dan Jumaat lepas. 

Sehubungan itu, Lyn Ho berharap usaha  ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan agar karya seni opera Cina ini terus berkembang dan mendapat perhatian yang sewajarnya. 

“Kami berharap agar dijemput membuat persembahan untuk acara-acara yang dianjurkan oleh kerajaan Sarawak sebagai contoh,” katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL

Gambar

JAGA WARISAN… Lyn Ho (kiri) bersama ahli pasukannya bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka. 

Continue Reading

Previous: 11 kategori kekal dipertandingkan dalam KJA 2024
Next: KIBF 2024 mampu lonjak industri pelancongan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.