Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hidupkan Ramadan sesuai kehendak syarak
  • TEMPATAN

Hidupkan Ramadan sesuai kehendak syarak

Utusan Sarawak 5 years ago

JIKU JUGUONG

MARUDI: Ibadah puasa merupakan salah satu ibadah utama dalam Islam yang termasuk dalam rukun Islam.

Bagi seorang guru, Yazid Bujang berkata, penting bagi kaum Muslimin untuk menguasai ilmu tentangnnya terutama mengenai cara pelaksanaannya yang sempurna dan memenuhi kehendak syarak terutama pada waktu dan ketika ini seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.

Ketika ditemubual Utusan Sarawak, Yazid berkata sudah pasti Ramadan kali ini tidak seperti yang sebelumnya dalam erti kata pelaksanaan ibadah yang tertumpu di masjid dan surau.

Katanya, jika sebelum ini sepanjang bulan Ramadan umat Islam banyak beribadah di masjid atau surau tetapi kali ini terpaksa dibuat di rumah.

“ Maka ambillah peluang ini untuk menghidupkan Ramadan bersama ahli keluarga menunaikan solat terawih berjemaah sekeluarga dan meneruskan amalan bertadarus Al-Quran,” katanya.

Sesungguhnya, tegas Yazid, bulan Ramadan yang mulia ini sama-sama berdoa agar wabak ini dapat dibendung dan diberikan kesembuhan serta kesihatan kepada mereka yang masih mengalami gejala ini.

Yazid berharap supaya umat Islam perbanyakkan doa pada bulan yang mulia ini dan semoga setiap doa itu dimakbulkan pada bulan Ramadan Mubarak ini.

Bagi Badrol Seri, seorang warga pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sharif Hamid pula berkata, persediaan Ramadan untuk tahun ini secara sederhana dan ikut kemampuan.

Katanya, bagi yang mampu mungkin tidak menghadapi masalah tapi bagi yang bergaji hari mungkin akan terasa bebanannya sebab mereka tidak ada sumber pendapatan yang tetap dan masih mengharapkan bantuan jika ada.

Jelasnya, perbezaan yang nyata Ramadan kali ini ialah tiada bazar Ramadan dan juga mungkin hari raya tidak dapat diadakan.

Kuih muih dan hidangan berbuka puasa pastinya ala kadar sahaja tidak seperti tahun sebelum ini sebab kebarangkalian masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perbelanjaan kita pun catur juga sebab kita tidak tahu berapa lama tempoh PKP akan dilaksanakan dan yang pastinya tidak semeriah seperti tahun-tahun yang sudah,” katanya.

Menurut Badrol, semoga rantaian penularan wabak Covid-19 dapat ditangani segera.

Continue Reading

Previous: OM Materials (Sarawak) derma PPE bernilai RM1.4 juta
Next: RM2,150 kesap ditipu ‘pegawai Bank Negara’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.