Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • HIASANBekas pegawai bank dibicara berhubung 1MDB
  • GLOBAL

HIASANBekas pegawai bank dibicara berhubung 1MDB

Utusan Sarawak 5 years ago
GAMBAR HIASAN

GENEVA: Mahkamah di sini, semalam, memulakan prosiding perbicaraan pertamanya bagi mengetahui sama ada seorang pegawai bank tempatan gagal menghentikan pemindahan wang AS$700 juta (RM3 bilion) ke dalam akaun dikawal ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low.

Pegawai pematuhan, yang hanya dikenali sebagai A, adalah kakitangan di Coutts & Co, yang mana Jho Low, mempunyai akaun di bank berkenaan, menurut Bloomberg.

Menurut pertuduhan, A, 52, adalah pegawai yang ditugaskan untuk melaporkan pengubahan wang haram di Coutts.

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa kepada kejatuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berlaku selepas Jho Low membangunkan dana berjumlah AS$8 bilion (RM35 bilion) bertujuan membangunkan ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, Jho Low didakwa mencuri wang itu dan membelanjakannya untuk pesta, pembelian kereta sport dan pembelian hartanah mewah serta pembiayaan filem “Wolf of Wall Street”.

Jho Low kemudian mewujudkan syarikat Good Star yang berdaftar di Seychelles, pada Mei 2009 dan membuka akaun di Coutts Singapura, sebulan kemudian.

Menjelang September tahun sama, Jho Low memutuskan semua komunikasi dengan Coutts di Singapura dan hanya menerima kemaskini daripada Coutts di Switzerland menerusi e-mel chairman.goodstar@gmail.com.

Pihak pendakwaan Switzerland mendakwa A, kerana peranannya meluluskan pemindahan AS$700 juta.

Menurut pertuduhan, pada 2 Oktober 2009, beliau menerusi e-mel meminta sekatan terhadap akaun 11116073 Good Star Ltd dibuka.

Usaha wajar setakat ini adalah bagus dan kita mempunyai bukti yang cukup bahawa pembayaran adalah sah dan betul.

Pihak pendakwaan berkata, disebabkan perkara itu dan pelbagai kegagalan pematuhan, “kesalahan yang dilakukan A adalah sangat berat”. – AFP

Continue Reading

Previous: Raja judi Macau, Stanley Ho, meninggal
Next: Lima terbunuh, lebih 20 parah letupan di Somalia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.