Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Heritage Walk 2.0 tawar pengalaman unik teroka gua bersejarah Niah
  • Utara
  • WILAYAH

Heritage Walk 2.0 tawar pengalaman unik teroka gua bersejarah Niah

Utusan Sarawak 15 hours ago
HERITAGE Walk 2.0 bakal berlangsung pada 16 Ogos ini di Taman Negara Niah, sekali gus merasai pengalaman unik meneroka gua purba yang penuh rahsia.

NIAH: Peminat sejarah dan alam semula jadi berpeluang menyertai Heritage Walk 2.0 yang akan berlangsung pada 16 Ogos ini di Taman Negara Niah, sekali gus merasai pengalaman unik meneroka gua purba yang sarat dengan sejarah dan misteri.

Menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini, pendaftaran bagi program ini akan ditutup pada 15 Ogos, dan penyertaan adalah terhad berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat.’

Para peserta akan dibawa menyusuri laluan bersama renjer taman dan ahli arkeologi, yang akan berkongsi kisah serta fakta menarik mengenai khazanah prasejarah di Niah.

Acara ini, yang merupakan sebahagian daripada Pesta Niah 2025, menjanjikan pengalaman luar biasa termasuk peluang menyaksikan sendiri tinggalan sejarah serta keindahan alam semula jadi yang jarang dapat diakses oleh orang ramai.

Penganjur menggesa orang ramai agar tidak melepaskan peluang ini dan mengajak mereka untuk “berhenti menatal, mula melangkah menelusuri sejarah” demi menghayati warisan negara dengan lebih dekat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM400k diperuntuk untuk tangani tanah susur di Kampung Seberang Maludam
Next: Eksklusif: PRS perlukan kepimpinan progresif, berwawasan untuk kekal relevan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.