Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hentikan segera semua aktiviti pembakaran – Uggah
  • SEMASA

Hentikan segera semua aktiviti pembakaran – Uggah

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto JAPEN

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menggesa semua syarikat dan pengusaha ladang di negeri ini agar segera menghentikan sebarang aktiviti pembakaran berikutan keadaan cuaca panas dan kering pada masa ini.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengingatkan pemilik tanah supaya berwaspada serta memantau tanah mereka dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang tanda kebakaran.

 “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang aktiviti seumpama itu kepada Lembagai Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menerusi talian hotline atau pejabat NREB terdekat.

“Kerjasama anda amat penting bagi memastikan keselamatan orang awam dan melindungi alam sekitar sepanjang tempoh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Uggah berkata wilayah berkenaan sedang berdepan cuaca panas dan kering berpanjangan, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran dengan ketara khususnya di kawasan mudah terdedah kepada kebakaran seperti Bahagian Mukah dan Miri.

Beliau berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (DDMC) telah diarahkan untuk mengaktifkan dan bersiap sedia dengan pasukan tindak balas masing-masing.

“Penekanan perlu diberikan kepada penyelarasan yang berkesan di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk memadam kebakran dan menyalurkan bekalan air kepada penduduk yang berdepan kekurangan keperluan asas itu,” katanya.

Uggah berkata DDMC Miri turut dinasihatkan memantau dan memeriksa telaga secara berkala bagi mencegah kebakaran tanah gambut yang berpotensi meningkat sepanjang tempoh itu.

NREB juga katanya telah membatalkan semua permit pembakaran terbuka berkuat kuasa sejak dua minggu lepas.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cuaca panas: Hanya Marudi kini di tahap berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.