Apabila menggambarkan sakit gout, kata-kata seperti ‘mengazabkan’, ‘keterlaluan’ dan ‘menyeksakan’ terlintas di fikiran. Ini tidak menghairankan kerana serangan gout boleh menyerang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan rasa sangat sakit dan bengkak pada sendi anda. Walaupun sakit gout biasanya menyasarkan ibu jari kaki, ia juga menyerang bahagian badan anda yang lain termasuk pergelangan kaki, lutut, siku, jari dan kaki. Semasa serangan gout, sendi yang terlibat menjadi sangat sakit, sehingga menyentuh sedikit pun terasa amat menyakitkan.
Gout adalah beban yang berat
Gout adalah sejenis artritis yang menyebabkan serangan keradangan yang amat menyakitkan dan datang secara tiba-tiba. Ia berlaku apabila kadar asid urik dalam darah anda sangat tinggi. Asid urik adalah produk kumuhan yang disebabkan oleh pengambilan berlebihan makanan dan minuman yang kaya dengan purin seperti alkohol, kerang dan daging organ dalaman. Semasa asid urik mula terbentuk, ia mengkristal dan terkumpul di tisu dan sendi yang menyebabkan rasa sakit gout yang ketara.
Kesakitan gout biasanya dicirikan oleh gejala seperti:
- Ibu jari kaki yang sensitif dan bengkak
- Sendi yang meradang, merah, panas dan sakit
- Terlalu sensitif & terasa amat sakit apabila disentuh
- Julat pergerakan yang terhad
- Ketidakselesaan yang berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu.
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba, sering menyebabkan anda tersentak terjaga di tengah malam dengan perasaan bahawa sendi anda yang terlibat itu sedang terbakar. Sendi terasa sangat panas dan bengkak sehingga berat selimut anda boleh terasa amat menyeksakan. Kesakitan gout adalah paling teruk dalam 4-12 jam pertama selepas kejadian pertama. Mereka yang menghidap gout merasai beban yang sangat berat kerana masalah kesihatan ini memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup mereka. Aktiviti seharian yang mudah seperti bersenam, melakukan kerja-kerja rumah atau memandu menjadi sangat berat.
Ucapkan ‘Selamat Tinggal’ Kepada Sakit Gout Dengan CLEAROGOUT
Sekiranya selama ini anda mengalami sakit gout yang tidak tertahan, anda tidak perlu lagi menderita. Memperkenalkan CLEAROGOUT, penyelesaian peneutralan asid urik untuk semua masalah gout anda. CLEAROGOUT membantu melegakan gejala gout yang menyakitkan dengan memecahkan deposit asid urik yang dikristal pada sendi.
Oleh itu, sama ada anda mempunyai kadar asid urik yang sangat tinggi, cenderung memakan banyak makanan purin atau menderita sakit gout, mulailah mengambil CLEAROGOUT hari ini! Ia berkesan! Ia boleh didapati di semua rangkaian terkemuka dan farmasi bebas di seluruh negara.
Untuk pencegahan kristalisasi asid urik, ambil 2 sachet, dua kali sehari dan untuk rawatan tambahan semasa serangan gout, ambil 2 sachet selama 4 kali sehari.
Apabila diambil setiap hari, CLEAROGOUT telah terbukti berkesan untuk membantu:
- Menurunkan kadar asid urik anda
- Mencegah pembentukan kristal asid urik
- Melindungi anda dari serangan gout yang sangat menyakitkan
Yakinlah, CLEAROGOUT sesuai dan selamat untuk semua kerana ia tidak mengandungi apa-apa gula atau pemanis buatan seperti sakarin, aspartam dll.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CLEAROGOUT, sila hubungi Live-well INFOline di 03-6142 6570 (Isnin – Jumaat, 9 pagi – 5 petang) atau layari www.livewell2u.com atau e-mel kepada kami di info@livewell2u.com.
Ini adalah iklan ubat. MAL 20172747XC KKLIU2452/2020 TTT: 31 Dis 2022