Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hentikan ‘percaturan dan permainan’ harga ayam
  • NASIONAL

Hentikan ‘percaturan dan permainan’ harga ayam

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA TERENGGANU, 23 Mei -- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (dua, kiri) beramah mesra dengan kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada Majlis Hari Raya Aidilfitri (LKIM) Negeri Terengganu di Chendering hari ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim (kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA TERENGGANU: Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan ‘percaturan dan permainan’ harga melalui pengurangan bekalan ayam di pasaran dengan pelbagai alasan kerana tindakan itu sangat membebankan rakyat ketika ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran ketika ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada asasnya, bekalan untuk pasaran tempatan adalah sangat mencukupi.

“Bila dikatakan berlaku bekalan ayam tidak mencukupi, ini bermaksud ada benda-benda tak betul yang wujud … tidak dinafikan memang ada penyakit ayam dan beratnya tidak sesuai untuk dijual, namun situasi itu sentiasa berlaku sepanjang masa,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk meneliti mengapa perkara itu berlaku dan berharap pemain dalam industri ayam di negara ini dapat bersama-sama kerajaan membantu rakyat.

“Katakan contoh sebelum ini untung untuk seekor ayam ialah RM2, apa salahnya dalam situasi sukar ini mereka ambil untung RM1 namun konsisten untuk ternak ayam secara berpanjangan dan jangan ada percaturan harga,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jangan guna serbuk kunyit, daun semambu rawat HFMD
Next: Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.