
KEPADA golongan yang terus mempersoalkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hentikanlah, hormati titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Kepada pihak berkuasa iaitu pimpinan Kerajaan Persekutuan, laksanakanlah apa yang patut seperti termaktub dalam perjanjian itu dan patuh kepada saranan Tuanku.
Kepada warganet, bicaralah secara profesional tanpa melampaui batas demi keharmonian kaum, agama dan wilayah.
Berikut sedutan titah Sultan Ibrahim ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, Selasa lalu.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Selasa lalu. Foto Bernama.
“Asas kepada pembentukan Malaysia adalah menerusi Perjanjian Malaysia 1963. Ia telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara.
“Kita sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat-menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Yang Berhormat sekalian hendaklah lebih berhati-hati supaya tidak menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah. Sebarang perbezaan pandangan haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka.
“Hakikatnya hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati. Namun begitu, kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan.”
Ini bukan kali pertama Sultan Ibrahim bertitah mengenai MA63 dan Konsep Persekutuan yang menjadi asas penubuhan Malaysia setelah secara rasmi melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2024, dan kemudian istiadat pertabalan rasmi di Istana Negara pada 20 Julai 2024.
Sewaktu merasmikan Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada 3 Februari 2025, Sultan Ibrahim antara lain bertitah:
“Pembinaan identiti nasional hendaklah terus menjadi agenda utama negara. Konsep Persekutuan yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan teras pentadbiran negara hendaklah dihormati oleh semua pihak.
“Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap tindakan dan keputusan yang berkaitan mestilah dibincangkan secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara.”

Sebelum itu, ketika bertitah merasmikan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada 26 Februari 2024, Sultan Ibrahim antara lain bertitah:
“Saya berpuas hati dengan langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan dalam menyelesaikan perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963. Saya berharap agar perjanjian yang dimeterai ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak berkepentingan dalam memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama.”
Berikut adalah 29 isu/tuntutan MA63 dan status terkini seperti paparan AI.
✅ Telah selesai (13)
- Pengiktirafan MA63 dalam Perlembagaan Persektuan
→ Pindaan Perkara 1(2) & 160(2)
Status: ✅ Selesai
2. Status Sabah & Sarawak sebagai rakan pengasas Persekutuan
Status: ✅ Selesai (melalui pindaan Perlembagaan)
3. JKR Sabah & Sarawak sebagai jabatan teknikal
Status: ✅ Selesai
4. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai jabatan teknikal
Status: ✅ Selesai
5. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai jabatan teknikal
Status: ✅ Selesai
6. Perwakilan Sabah & Sarawak dalam LHDN
Status: ✅ Selesai
7. Pemindahan kuasa kawal selia gas di Sabah
Status: ✅ Selesai
8. Pemindahan kuasa kawal selia elektrik di Sabah
Status: ✅ Selesai
9. Pengurusan & pentadbiran kehakiman Sabah dan Sarawak
Status: ✅ Selesai
10. Pengembalian Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak
Status: ✅ Selesai
11. Kuasa pentadbiran Pulau Sipadan & Ligitan kepada Sabah
Status: ✅ Selesai
12. Kuasa lesen & kawal selia perikanan laut dalam (Sabah & Sarawak)
Status: ✅ Selesai
13. Pindaan peraturan perbendaharaan (AP182) berkaitan jabatan negeri
Status: ✅ Selesai
🟡 Selesai secara interim/keputusan dasar (1)
14. Pemberian Khas (Special Grant) Sabah & Sarawak – Perkara 112D
→ Dinaikkan kepada RM600 juta setiap kedua-dua negeri ini.
Status: 🟡 Interim (formula muktamad belum dipersetujui)
⏳ Masih dalam rundingan /belum selesai (15)
15. Autonomi pendidikan (peranan kerajaan negeri)
Status: ⏳ Rundingan
16. Autonomi kesihatan (peranan negeri dalam hal hospital & klinik)
Status: ⏳ Rundingan
17. Kuasa perjawatan awam Persekutuan di Sabah & Sarawak
Status: ⏳ Rundingan
18. Penambahan bilangan kerusi Parlimen Sabah & Sarawak
Status: ⏳ Rundingan
19. Hak hasil negeri & obligasi kewangan Persekutuan (Jadual Kesembilan)
Status: ⏳ Rundingan
20. Pembangunan tenaga kerja tempatan (Borneonisation sepenuhnya)
Status: ⏳ Rundingan
21. Kuasa perancangan & pelaksanaan projek Persekutuan di negeri
Status: ⏳ Rundingan
22. Peranan negeri dalam pengurusan alam sekitar
Status: ⏳ Rundingan
23. Kuasa kawal selia buruh & tenaga kerja
Status: ⏳ Rundingan
24. Pemindahan Item 25A (Pelancongan) ke Senarai Bersama
Status: ⏳ Rundingan
25. Kawalan ke atas pembangunan infrastruktur strategik
Status: ⏳ Rundingan
26. Peranan negeri dalam perancangan ekonomi makro wilayah
Status: ⏳ Rundingan
27. Peruntukan khas pembangunan luar bandar Sabah & Sarawak
Status: ⏳ Rundingan
28. Penglibatan negeri dalam dasar persekutuan berkaitan Borneo
Status: ⏳ Rundingan
29. Mekanisme penyelesaian pertikaian MA63 (arbitrasi / tribunal)
Status: ⏳ Rundingan
Ringkasan akhir
| Status | Bilangan |
| ✅ Selesai sepenuhnya | 13 |
| 🟡 Interim | 1 |
| ⏳ Belum selesai | 15 |
| Jumlah | 29 |
Diharapkan isu yang belum selesai, berupaya diselesaikan. Tidak dinafikan Kerajaan Madani sudah banyak menyelesaikan isu tertunggak seperti termaktub dalam MA63.
Kita berharap perkara yang belum selesai, dimuktamadkan secara adil dan harmoni. Ini kerana selagi ia belum selesai, isu ini akan berterusan.
- Penulis adalah Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak