Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Henry Sum ingatkan penduduk waspada banjir, gesa penyelenggaraan saliran di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Henry Sum ingatkan penduduk waspada banjir, gesa penyelenggaraan saliran di Lawas

Utusan Sarawak 5 hours ago
AMBIL BERAT…Henry Sum turut memeriksa bekalan sumbangan untuk mangsa banjir daripada NADMA di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Trusan baru-baru ini.  

LAWAS: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir di daerah ini diminta supaya sentiasa berwaspada serta peka terhadap perkembangan cuaca semasa.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, turut menggesa pihak bertanggungjawab agar memastikan sistem saliran dan pengairan di kawasan bandar serta seluruh daerah ini diselia dan disenggara secara berterusan.

Menurut beliau, kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan pada awal Januari serta penghujung Disember lalu dikenal pasti berpunca daripada sistem saliran air yang tersumbat dan dipenuhi rumput, sekali gus menghalang aliran air hujan.

“Kita tidak boleh bertindak mengikut musim semata-mata kerana penyelenggaraan sistem saliran merupakan tanggungjawab dan kerja rutin pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini selepas mengadakan perjumpaan bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lawas dan Jurutera SESCO Daerah Lawas.

Dalam pada itu, Henry Sum turut menegaskan bahawa semua projek yang telah diluluskan dan bersedia untuk dilaksanakan perlu dipercepatkan pelaksanaannya.

“Saya bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, akan terus memantau dan memastikan setiap projek yang diluluskan dapat dilaksanakan segera.

“Sebarang kelewatan akan memberi kesan kepada projek lain yang berkaitan, termasuk projek bekalan air bersih, pemasangan kabel gentian optik bagi telekomunikasi serta projek berkaitan pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH),” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua projek tersebut saling berkait dan kelewatan pelaksanaan boleh menjejaskan penyediaan kemudahan utiliti serta perkhidmatan telekomunikasi yang sempurna kepada rakyat.

“Oleh itu, kita tidak mahu rakyat terus terkesan dan dinafikan kemudahan asas serta perhubungan telekomunikasi yang lancar,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Tabung Darah Hospital Miri pelawa kerjasama anjur kempen derma darah
Next: Jalan masuk dan pagar Rumah Dom Brues di Sungai Antu siap lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.