Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Henry Sum Agong gesa projek Laluan Kereta Api Trans-Borneo (TBR) diteruskan
  • Utara
  • WILAYAH

Henry Sum Agong gesa projek Laluan Kereta Api Trans-Borneo (TBR) diteruskan

Utusan Sarawak 3 hours ago
KESELAMATAN… Dato’ Henry Sum Agong dan DSP Liong Tindan menyampaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal yang terdahulu menggunakan topi keledar lama.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato’ Henry Sum Agong, menggesa supaya projek Laluan Kereta Api Trans-Borneo (TBR) diteruskan bagi meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan di rantau ini.

Beliau menegaskan usaha ini mampu mengangkat ekonomi wilayah Borneo secara lebih berkesan untuk jangka masa panjang.

“Kita mahu projek ini diteruskan dan saya pernah usahakannya semasa menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dahulu bersama Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

“Namun segala kajian dahulu masih belum nampak dan kita mahu ini diteruskan.

“Ini kelak akan memudahkan mobiliti antara penduduk di Sabah, Sarawak, Kalimantan, dan Brunei. Selain mengurangkan kos pengangkutan, projek ini dijangka menjadikan jalan raya lebih selamat daripada risiko pertembungan dengan kenderaan besar seperti lori dan pengangkutan berat lain.

BERI NASIHAT…Dato’ Henry Sum Agong dan DSP Liong Tindan sempat menitipkan nasihat kepada penunggang motosikal warga emas.

“Ini adalah usaha penting untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ops Selamat Tahun Baharu Cina di Jalan Lawas-Trusan, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, semalam.

Beliau amat yakin pembinaan Laluan Kereta Api Trans-Borneo (TBR) ini akan membuka banyak peluang ekonomi, pelancongan dan perhubungan lebih erat antara penduduk di wilayah Borneo.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu kes kemalangan di Daerah Lawas telah berjaya dikawal dengan baik apabila tidak ada kemalangan maut dan serius berlaku sejak Januari hingga perayaan Tahun Baharu Cina.

Untuk rekod, pada 2024 sebanyak 142 kes kemalangan telah direkodkan iaitu 11 kes kemalangan maut, tujuh kes cedera parah, sembilan kes cedera ringan dan 115 kes kerosakan sahaja.

Bagi 2025 pula sejumlah 149 Kemalangan telah direkodkan iaitu tujuh kes kemalangan maut, satu kes cedera parah, enam kes cedera ringan dan 135 kes melibatkan kerosakan kenderaan.

Manakala sejumlah 1,294 saman telah dikeluarkan pada 2024 dan 1298 saman telah dikeluarkan pada 2025.

DSP Liong turut memberitahu kesalahan sering berlaku ialah menghalang lalu lintas, tali pinggang keledar dan tidak memiliki lesen memandu.

Tiga kawasan tumpuan kerap berlaku kemalangan ialah di kawasan bandar Lawas, Jalan Merapok dan Jalan Lawas/Trusan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah di Star Mega Mall
Next: Operasi SAR hari pertama diperluas sehingga empat kilometer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.