Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Helikopter terhempas: PDRM tumpu usaha cari kotak hitam – IGP
  • KEMALANGAN

Helikopter terhempas: PDRM tumpu usaha cari kotak hitam – IGP

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (dua, kiri) bersama Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar (tengah) meninjau lokasi helikopter PDRM yang terlibat dalam kemalangan ketika melakukan latihan sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear, Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura 2025 (MITSATOM 2025) di Jeti Maritim Malaysia Negeri Johor ( APMM ) hari ini. Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menumpukan usaha mengesan kotak hitam helikopter yang terhempas di Sungai Pulai, berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Gelang Patah pagi tadi.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pencarian itu dijalankan bersama beberapa agensi berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), APMM dan agensi lain yang mempunyai kepakaran dalam siasatan teknikal.

Selain pencarian kotak hitam, beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha menaikkan bangkai helikopter yang dipercayai tenggelam di dasar sungai.

“Kita masih menunggu maklumat daripada kotak hitam. Usaha sedang digembleng dengan kerjasama pelbagai agensi dan ia melibatkan kepakaran teknikal yang khusus,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian di jeti berkenaan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar.

Menurut Mohd Khalid, proses mengangkat bangkai helikopter dijangka mengambil masa kerana ia memerlukan kepakaran dan kelengkapan khusus untuk operasi dasar sungai.

“Setakat ini kita belum dapat pastikan bila bangkai helikopter itu dapat dinaikkan kerana ia memerlukan kepakaran tertentu, mungkin juga daripada pihak ketiga. Saya difahamkan kedalaman sungai ini mencecah kira-kira 25 kaki dan itu memerlukan kepakaran tertentu dalam operasi ini,” katanya.

Helikopter AS355 milik PDRM itu dilaporkan terhempas ketika melakukan lintas hormat sebagai sebahagian daripada demonstrasi sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM) 2025 yang melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

CAAM dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N bernombor pendaftaran 9M-PHG.

Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan PDRM berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang. — Bernama

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di Jalan Bintong, Batang Ai cetus kebimbangan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.