Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Helikopter terhempas di Banjaran Himalaya, 7 termasuk kanak-kanak terbunuh
  • GLOBAL

Helikopter terhempas di Banjaran Himalaya, 7 termasuk kanak-kanak terbunuh

Utusan Sarawak 1 day ago

Keadaan di lokasi nahas helikopter berkenaan. Foto SDRF / AFP

DEHRADUN: India: Tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di India, pada Ahad, apabila sebuah helikopter yang membawa penganut Hindu dari sebuah kuil terhempas di Banjaran Himalaya, kata pegawai.

Kemalangan maut itu berlaku ketika saudara-mara meratapi sekurang-kurangnya 279 orang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang merempuh kawasan perumahan di bandar Ahmedabad di barat India pada Khamis lalu.

Nahas helikopter itu menyebabkan juruterbang dan kesemua enam penumpang maut apabila helikopter itu terhempas semasa penerbangan dari Kuil Kedarnath, di negeri Uttarakhand, kata pegawai respons bencana Nandan Singh Rajwar kepada AFP.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata, pasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian selepas “berita yang sangat menyedihkan.”

Nahas itu berkemungkinan disebabkan oleh cuaca buruk, menurut pegawai pelancongan daerah, Rahul Chaubey.

Penganut Hindu berduyun-duyun ke Kuil Kedarnath semasa musim panas. Ia terletak pada ketinggian 3,584 meter.

Firma sewa helikopter dibangunkan untuk melayani permintaan penganut Hindu yang ingin melawat tempat suci di Himalaya India itu tetapi mahu mengelak menempuh perjalanan ‘trekking’ yang sukar.

Enam orang terbunuh bulan lalu dalam satu lagi nahas helikopter dalam perjalanan ke kuil itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Belon udara panas terhempas di Turkiye, seorang maut, 19 cedera
Next: Iran sedia hentikan serangan jika Israel akhiri serangan ke atas Tehran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.