Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Helikopter tentera Indonesia terhempas, lima kru selamat
  • GLOBAL

Helikopter tentera Indonesia terhempas, lima kru selamat

Utusan Sarawak 2 years ago

JAKARTA: Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Bagaimanapun, kesemua lima anak kapal termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Helikopter Bell 412 milik tentera dalam misi latihan bagi menyokong batalion infantri sebelum terhempas di sebuah perkampungan di daerah Rancabali.

Video yang tular dari tempat kejadian memaparkan helikopter malang itu terbakar manakala anggota penyelamat serta orang ramai bergegas membantu mangsa sebelum dibawa ke hospital tempatan di Cimahi.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menentukan punca kejadian, menurut tentera. – Bernama

Continue Reading

Previous: Perkahwinan Putera Hussein 1 Jun ini bakal jadi tumpuan dunia
Next: Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.