Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Helikopter polis terbabit kemalangan ketika latihan MITSATOM, lima mangsa dilapor selamat
  • KEMALANGAN

Helikopter polis terbabit kemalangan ketika latihan MITSATOM, lima mangsa dilapor selamat

Utusan Sarawak 13 hours ago

ANTARA serpihan helikopter PDRM yang terhempas ketika melakukan simulasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear, Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura 2025 (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai di sini hari ini. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG, berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor hari ini. Foto BERNAMA

ANGGOTA polis dan APMM bergegas menyelamatkan mangsa helikopter PDRM yang terhempas ketika melakukan simulasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear, Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura 2025 (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai di sini hari ini. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG, berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor hari ini. Foto BERNAMA


GELANG PATAH:  Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kemalangan pagi ini ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai, di sini, kira-kira 35 km dari Johor  Bahru.

Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu lokasi latihan yang melibatkan empat negara – Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh PDRM telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi bagi membuat liputan program turut menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

 “Kesemua lima mangsa berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Johor.

“Mangsa kini sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, di Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut  perubatan,” menurut kenyataan itu.

CAAM memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.– Bernama

Continue Reading

Previous: Mangsa disambar buaya ditemukan satu kilometer dari lokasi hilang
Next: Dua anggota polis kritikal dalam insiden helikopter terhempas ketika latihan MITSATOM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.