Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Helikopter hilang di Indonesia ditemukan terhempas, lapan disahkan maut
  • KEMALANGAN

Helikopter hilang di Indonesia ditemukan terhempas, lapan disahkan maut

Utusan Sarawak 18 hours ago
HELIKOPTER….Pasukan penyelamat di Indonesia menemukan bangkai helikopter yang dilaporkan hilang pada Isnin di Kalimantan Selatan. Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) mengesahkan kesemua lapan orang di dalamnya maut.

JAKARTA: Pasukan penyelamat di Indonesia menemukan bangkai helikopter yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas di Kalimantan Selatan. Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) mengesahkan kesemua lapan orang di dalamnya maut.

Bangkai helikopter berkenaan ditemukan pada Rabu berhampiran Air Terjun Mandin Damar di kawasan hutan berbukit dan terpencil. Fiuslaj itu dilaporkan terbakar dan mengeluarkan asap, manakala bahagian ekornya ditemukan terpisah tetapi sebahagian besarnya masih utuh.

“Pada 2.45 petang waktu tempatan, pasukan penyelamat menemukan seorang mangsa kira-kira 100 meter dari lokasi nahas,” kata Pengarah Operasi Basarnas, Yudhi Bramantyo dalam satu kenyataan.

Semua mangsa, termasuk tiga penumpang warga asing dari Amerika Syarikat, India dan Brazil, dibawa ke Hospital Polis Bhayangkara di Banjarmasin untuk proses pengecaman.

Helikopter jenis Airbus MBB BK117-D3, yang dikendalikan oleh PT Eastindo Air itu berlepas dari Lapangan Terbang Kota Baru pada 8.46 pagi waktu tempatan menuju ke Palangkaraya, tetapi terputus hubungan lapan minit kemudian.

“Usaha pencarian terhalang oleh bentuk rupa bumi yang mencabar dan hutan tebal sebelum bangkai pesawat itu ditemui. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas,” tambahnya.

–Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga cedera, lori dan Hilux bertembung di Lebuh Raya Pan Borneo Tondong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.